Tuesday, 10 December 2019

HAI ASSALAMUALAIKUM BUAT PEMBACA ENTRI PADA KALI.

Hari ini Sya nak share tentang produk viral Hada Labo. Semua produk Hada Labo menerima feedback yang positif daripada pengguna terutamanya rakyat Malaysia. Kalau Sya tak silap Hada Labo ini berasal dari negara Korea. Sebab ini jugakla ramai yang tertarik untuk mencuba produk ala Kpop gituu. Sapa tak nak cantik dan jelita seperti artis Korea kulit bersih dan licin tanpa sebarang cela. Tapi bagi Sya produk Hada Labo memang agak mahal sedikit sehingga nak beli pun fikir dua tiga kali😂. Maunyaa menangis dompet yang memang sedia kempis ni huaa..

Kebaikan ;
*pembersihan kulit secara semulajadi
*kombinasi bahan seperti Hyaluronic Acid untuk menghidrasikan dan melembabkan kulit ketika     pencuciannya. Kulit terasa segar, lembut dan cerah.
*bebas pewarna, pewangi, alkohol dan minyak mineral.

Kandungan :

+ Bentonite Clay iaitu mineral tanah liat yang mampu meresap kekotoran, minyak daripada kulit.
+ Resveratrol membantu mencerahkan dan melembutkan kulit.
+ Super Hyaluronic Acid membantu mengekalkan kelembapan dan mengelakkan kulit kering.

Tekstur : krim warna putih.

Harga : RM16+ ( Sya beli masa promotion dekat Aeon Welness).

Sepanjang penggunaan face wash ini Sya rasa tidak mempunyai sebarang masalah kulit. Kulit kelihatan cerah sedikit. Apa pun korang kena cuba sendiri baru tahu hasilnya.. Sya suggestkan untuk masalah kulit kering ianya amat membantu tau hihi.

SELAMAT MENCUBA...